Friday, January 09, 2009

.::Pelajar dibelasah koyak kulit kepala::.

JOHOR BAHRU: Hanya kerana alasan remeh, seorang pelajar tingkatan lima terkoyak kulit kepala akibat diserang dengan batu oleh sekumpulan pelajar junior samseng yang tidak puas hati mangsa masuk ke kantin lebih awal daripada mereka di sebuah sekolah di Kota Tinggi, tengah hari semalam.

Mohd Saddam Husin, 17, menerima tiga jahitan di belakang kepalanya akibat diserang pelajar tingkatan tiga itu yang menunggu mangsa pulang di depan pintu pagar sekolah kira-kira 1.30 tengah hari.

Menceritakan detik cemas itu, mangsa berkata, dia dibelasah dipercayai akibat perasaan tidak puas hati kumpulan terbabit kerana masuk ke perkarangan kantin lebih awal pada waktu rehat, pagi semalam.

“Mereka bengang dan mula menghamburkan kata-kata kesat serta memaki saya.

“Saya tidak tahan dan membalas dengan maki-hamun sebelum masing-masing beredar,” katanya ketika dihubungi di Kota Tinggi, semalam.

Dia tidak menyangka pertengkaran itu membawa kepada dendam apabila diajak beradu tenaga di depan pagar sekolah.

Bagaimanapun, mangsa tidak menghiraukan cabaran itu kerana kumpulan itu seramai 20 orang berbanding dia yang ditemani dua rakan.

“Ketika minum di tepi sekolah, tiba-tiba saya diserang seorang daripada kumpulan terbabit sebelum diikuti tumbukan dan sepak terajang daripada pelajar lain.

“Entah bila, seorang daripada mereka mencapai batu sebesar tapak tangan dan menghentak belakang kepala. Saya rasa kepala amat sakit dan baju dibasahi darah.

“Saya terus merempuh semua pelajar itu dan berlari masuk ke perkarangan sekolah,” katanya.

Mangsa berkata, pengawal keselamatan sekolah cuba meleraikan pergaduhan itu dengan memberi nasihat, tetapi langsung tidak diendahkan.

Dua rakan yang menemaninya juga tidak berani masuk campur.

“Cikgu hanya menyedari kejadian itu selepas melihat saya berlari masuk ke kawasan sekolah dengan berlumuran darah,” katanya yang dihantar untuk mendapatkan rawatan ke Hospital Kota Tinggi oleh seorang guru.

Bapa mangsa, Husin Ali, 48, berkata dia terkilan kerana pengawal keselamatan tergamak membiarkan anaknya terjebak dalam pergaduhan tanpa dileraikan.

“Walaupun kejadian di luar pintu pagar sekolah, pihak berkenaan berhak mengambil tahu apa yang berlaku kerana pergaduhan itu membabitkan pelajar mereka,” katanya kesal.

Dia bercadang menukarkan anaknya ke sekolah lain demi keselamatannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, ketika dihubungi malam tadi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, polis menahan seorang pelajar tingkatan empat untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan senjata berbahaya dan sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

11 komen²:

cerana said...

salam eidafatiha.. sedih betul dengar berita ni..apalah nak jadi ni...

AiE bAhRi said...

Sekarang budak2 sekolah pon dah pandai gaduh teruk2.Bila kejadian sebegini berlaku, ramai ibu bapa yang akan salahkan institusi pendidikan tetapi mereka tak tahu bahawa sebenarnya sikap anak mereka tidak dipantau dari masa ke semasa.Chewah...hehehe

seroja said...

go0d news...!
bg sy yg xde tb n mls bce news paper on9..

tu lah..bebudak skrg dh xde nilai2 moral dan ksih syg...hdup sume nk memberontak...xleh org lebih drp die..msih pndek akal...kesian....

Anonymous said...

emmm keras berat ni....
mak bapak sepatutnya main kan peranan ni pendapat i lah.... tapi banyak faktor jugak yg kita kena lihat... so sama2 lah kita banteras...gejala2 negatif ni..:)

IEYNA said...

budak2 skrg smakin brani...dh xtakut undang2...

cerana said...

salam.... eidafatiha...lama menyepi..apa khabar? silalah ambil award dlam blog saya.. anda di TAG.. terima kasih...

pink_butterfly said...

bdk2 skg smakin mnakutkn...mudah btindak agresif...iskk...

Pujangga Asmara said...

Makin teruk budak2 zaman skrg ni..maybe dia takut budak F5 tu beli semua nasi kat kantin tu dan budak2 F4 tu terpaksa berlapor..huhu.. saddam hussin yer nama dia..uniks..

eidafarish said...

to sir nik

salam sir..
budak2 skang mmg susah nak dibentuk..

eidafarish said...

to pujangga asmara

ada kew dik dia ckp nak li sume nasi kat kantin??

a'ah uniks kan!!
sedara akak pon ada gak nama cenggitu..
xkan sedara akak kot!!
xla kot!!

pusat said...

masih sekolah dah jadi samseng... bila kerja nanti jadi penyamun