Tuesday, March 31, 2009

.::[♥]sinar cahaya Ayat Kursi[♥]::.




Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah.
Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan
lari bersama-sama dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.



Friday, March 27, 2009

.::[♥]gelap gelita[♥]::.




Sekarang ini heboh tentang pemanasan global dan khabarnya suhu dunia berada pada tahap paling tinggi semenjak 2005 lagi dan ia tidak pernah turun semenjak itu.
oleh itu aku ingin mengajak pembaca, pengunjung blog dan semua rakyat Malaysia menyokong projek Earth Hour yang akan di adakan pada 28 Mac 2009 bermula dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. sama2 la kita 'menggelap gelita' kan rumah kita..


.::[♥]Berkahwin kurangkan risiko nyanyuk[♥]::.



Perkahwinan dikatakan dapat mengurangkan penyakit Alzheimer.
Kajian penyelidik mendapati mereka yang membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda mengalami penyakit berkelakuan seperti kanak-kanak atau raban

LONDON: Berkahwin dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit Alzheimer apabila satu penyelidikan baru menunjukkan mempunyai pasangan pada pertengahan usia, dengan individu yang mempunyai pasangan berisiko kurang 50 peratus untuk mengalami nyanyuk.

Ia mendapati mereka yang keseorangan selepas perceraian berisiko tiga kali ganda mengalami Alzheimer di kemudian hari.

Kajian selama 21 tahun menekankan risiko tinggi menghadapi masalah ingatan dan kognitif bagi semua individu yang keseorangan, sama ada bujang, bercerai atau kematian pasangan.

Penyelidikan terdahulu menunjukkan pengasingan sosial atau kurang hubungan peribadi meningkatkan risiko nyanyuk dan penurunan mental, dengan pakar Amerika Syarikat tahun lalu mendakwa individu keseorangan lebih berkemungkinan mengalami penyakit otak pada usia tua.

Namun, kajian Sweden yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa mengenai Penyakit Alzheimer di Chicago, baru-baru ini, membuktikan secara khusus bahawa berkahwin dapat mengurangkan risiko nyanyuk.

Alzheimer adalah punca utama nyanyuk, yang menjejaskan lebih 700,000 penduduk Britain.

Dalam kajian terbaru, penyelidik yang diketuai Dr Krister Hakansson dari Institut Karolinska di Stockholm memeriksa rekod 1,449 penduduk pertengahan usia di Finland dan sekali lagi pada tahun 1998, purata 21 tahun kemudian.

Secara keseluruhan, 139 mengalami beberapa bentuk masalah nyanyuk, 82 dengan masalah kognitif sederhana dan 48 menghidap Alzheimer.

Pasukan penyelidik mendapati mereka yang tinggal bersama pasangan pada pertengahan usia berisiko kurang 50 peratus untuk nyanyuk pada kehidupan lewat berbanding yang tinggal sendirian.

Ia mengekalkan kes walaupun selepas pengubahsuaian dibuat bagi faktor yang dikaitkan dengan risiko tinggi Alzheimer termasuk pendidikan, obesiti, kolesterol, tekanan darah tinggi, pekerjaan, aktiviti fizikal, tabiat merokok, kemurungan, gen, usia dan jantina.

Penyelidik mendapati mereka yang kekal membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda untuk nyanyuk.

Pasangan bercerai yang membujang selepas berpisah dengan pasangan pada pertengahan usia berisiko tiga kali ganda.

Lebih dramatik, mereka yang kehilangan pasangan sebelum pertengahan usia dan kekal membujang berisiko enam kali ganda untuk nyanyuk berbanding mereka yang berkahwin pada pertengahan dan akhir hidup.

Dr Hakansson berkata: “Kajian ini menunjukkan faedah berkahwin, selari dengan hipotesis umum rangsangan sosial sebagai faktor pelindung daripada nyanyuk.”

Jurucakap Tabung Penyelidikan Alzheimer, Rebecca Wood, berkata hasil kajian itu amat membimbangkan bagi United Kingdom, yang menyaksikan kadar perceraian tinggi di kalangan penduduk, selain peratusan perkahwinan pada paras paling rendah serta peningkatan penduduk tua.

“Kita amat memerlukan lebih banyak penyelidikan dibuat mengenai faktor gaya hidup dan risiko nyanyuk jika mahu mengekang wabak nyanyuk di negara ini,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Susanne Sorensen dari Persatuan Alzheimer berkata, sesiapa saja boleh mengambil langkah mengurangkan risiko, dengan atau tanpa pasangan seumur hidup.

“Orang bujang tidak sepatutnya bimbang - terdapat banyak cara mengurangkan risiko nyanyuk yang tidak membabitkan perkahwinan. Bukti terbaik ialah mengamalkan cara pemakanan Mediterranean, kerap bersenam dan tidak merokok,” katanya.


INFO: Alzheimer

# Sejenis penyakit otak yang secara perlahan-lahan memusnahkan daya ingatan dan kemampuan berfikir.

# Penghidap baru dikatakan muncul setiap 71 saat

# Simptom atau gejala pertama ketara lazimnya muncul selepas 60 tahun

# Ini termasuk lupa nama orang, nombor telefon, tarikh, tempat kerap dikunjunginya seperti rumah atau pejabat.

# Penghidap juga sukar berfikir ketika bercakap, sukar mencari perkataan yang betul dan tertekan apabila membuat keputusan

# Seramai 5.2 juta penghidap di Amerika Syarikat

# Menjadi punca keenam kematian utama.


P/s;dipetik dari berita harian


.::[♥]tag dari Cik Ian @ comot[♥]::.




1. Orang luar sana tak kenal kamuh. Perjelaskan siapa kamuh?
*nama sebenar heidawati binti saman
*lahir pada 25 mei 1982
*lahir di batu pahat johor
*Sudah berumahtangga
*Mempunyai seorang cahayamata
*Suka menonton dvd korea dan taiwan


2. Sikap kamuh yang 'mantap'?
*mahukan keluarga yang bahagia

3. Sikap kamuh yang sangat jelek?
*Kuat tido dan kuat makan..dah cubby dah ne..

4. Apa gajet yang sentiasa kamuh bawak?
*handset

5. Dah berapa HP kamuh pakai selama neh?
Senaraikan brands nye.
Jenama HP yang sedang kamuh gunakan sekarang?
*3 jew
*Sagem..(ne pki masa zaman2 dulu),nokia 8250
*ne la yang aku guna skang..sony ericson k700i walaupon dah
nyawa2 ikan sbb dah banyak
kali kena baling dengan anak aku yg nakal itu..


6. Siapa bestfriend kamuh?
*Sudah tentu orang yang paling rapat denganku

7. Siapa yang kamuh sayang selain family kamuh?
Kenapa kamuh sayang dia?
*Dvd player
*Sebab klu xde susah nak tgk citer2 kegemaran aku..haha


8. Lagik 10 tahun kamuh jadi apa?
*Nggak tau dong..kita tunggu dan lihat

9. Kata-kata hikmah yang pernah kamuh dengar & paling kamuh suka?
*Ne kata2 yang paling aku suka
"Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kita juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna,
Melainkan DIA.."


10. Dalam blog kamu, sudah ada berapa followers?
*Adalah dalam 77 orang

11. Senaraikan followers yang paling kamuh suka?
*Semua aku suka sbb dorg ne sudi jadi pengikut aku..
*terima kasih ya!!


12. Makhluk Tuhan Paling Hot yang mahu di tag:
*Aku
*Xnak
*Tag
*Sape2
*sekian


Tuesday, March 24, 2009

.::[♥]Iljimae[♥]::.




Assalamualaikum w.b.t..aku baru jew abis tgk citer ne..
tajuknya Iljimae
best gak la jalan citernya..ada sedih ada kelakar,ada romantik
dan mcm2 lg..mmg x rugi la aku tgk citer ne smpi x tido mlm nak abiskan..
dah abis lega ckit..tp ending nyer cam x menarik ckit sbb
x tau sama ada hero nya hidup ataupon mati..
pasne leh tgk citer lain plak..
ne ada sinopsis citer tu yg aku copy dr mysoju;

Set during the Joseon Dynasty, Ryung acts as a useless gangster in the marketplace by day but at night he is a chivalrous robber who robs corrupt government officials to give to the poor. After each robbery he leaves behind a wooden branch from a plum tree at the site of the robbery to take responsibility for the robbery. The poor citizens only know him as Iljimae. Bong Soon is a hilarious girl with good martial art skills and lives as a swindler. She only loves Ryung and sacrifices her whole life for him. Eun Chan is a doctor's daughter and is good in nature and usually helps miserable people. She meets Iljimae once by chance, and their sweet love story begins. However, her love puts Iljimae in a dangerous situation because an Imperial Guard also loves her.

Yong / Iljimae (Lee Jun-ki)

Ne la hero dalam citer ne..Lee Jun Ki..
hensem kan..sape yg x tergoda mmg rugi la..
hahaha
adik aku minat kat dia..aku pon sama..lg2 tang mata dia yg sepet tu..
ne biodata mengenai diri dia;

Lee Jun Ki (born April 17, 1982, in Busan, South Korea) is a male South Korean actor and model. He rose to fame as Gong-gil in The King and the Clown. He has a mother, father, and one younger sister. He graduated from the Seoul Arts College with a major in Acting, and is a 1st degree in both Hapkido and Taekyon, and 3rd degree in Taekwondo. Besides Korean, Lee also speaks some Japanese, Chinese and English. As of 2007, Lee is one of the top screen stars in South Korea.


Eun-chae (Han Hyo-joo)


Bong-soon (Lee Young-ah)


Shi-hoo (Park Shi-hoo)



Friday, March 20, 2009

.::[♥]Upin&Ipin[♥]::.





Assalamualaikum w.b.t..sape minat citer upin& ipin??
sila angkat tangan..hihi
saya pon minat gak..fatiha anak saya pon minat giler kat citer tu..
tgk jew la aksi2 dia bila dah berada depan laptop..
lagi2 klu saya on citer tu kat youtube..
"betul..betul..betul.."
siap sampai nak bukakkan baju & pakaikan baju
pon dia xnak..sampai mcm tu sekali pengaruh citer ne kan??
ayahnya nak on9 pon terpaksa mengalah dgn dia..
mmg x bagi can langsung..
makcu dia pon sama..suka gurau2 ngan dia..
punya la kudukut..
hihihi

Wednesday, March 18, 2009

.::[♥]Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan[♥]::.



Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh
~Surah Al Baqarah - Ayat 102~

Anak2 pandai belajar
~Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79~

Anak2 lembut hati/ elak panas baran
~Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,~
~Surah Al Hasyr - Ayat 22-24~

Anak2 malas sekolah
~Surah Toha ayat 1-5~

Supaya Suami tak kawin lain
~Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil~

Ayat pendinding

~Ayat akhir surah At Taubah~

Bg anak2 yg suka keluar malam

~Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x~

Untuk jadi pendinding rumah
~Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah~

Tuesday, March 17, 2009

.::[♥]My Lucky Star[♥]::.



^~sinopsis~^
Like the boy who cried wolf, Xia Zhi Xing had lied one too many times. So when she did tell the truth, nobody believed her except for the most unlikely person, Zhong Tian Qi, a runaway young master of a jewelry empire. His belief in her inspired her to become a real jewelry designer instead of a lying, scheming jewelry con artist. In the process, she taught him the real value of jewels that he is destined to inherit.

Assalamualaikum w.b.t..skrng ne aku ngah layan dvd citer ne..
walaupon citer lama tp aku layan semula..
ngah x tau nak tgk citer pew,so aku tengok la
citer ne..
jalan citernya ok la..menghiburkan..
x rugi klu tgk citer ne..


.::[♥]Aku Lebih Tahu[♥]::.




Ne la hobi si tiha klu buka youtube..
suka sgt dengar lagu Aku Lebih Tahu, Mila..

Sunday, March 15, 2009

.::[♥]Selamat Berbahagia[♥]::.



Selamat pengantin baru buat Norazlin..
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

Aku ngan sepupuku..

Time makan petang di hentian Pagoh..

Aku ngan adikku,cik Ian..

Time boring layan mastika jap..



Friday, March 13, 2009

.::[♥]wedding again[♥]::.



Malam ne nak bertolak balik kg lagi..
sok pagi2 kena bertolak g melaka..



ada majlis kawen umah sepupu disana..
tiap2 minggu mmg bz..
ada jew undangan kawen..



syok gak dapat jalan2..
dah lama x g melaka..
yehaaaaaaaaa!!!



MELAKA,tunggu!!aku nak datang sok..
ekekeke





.::[♥]adoiii peningnya[♥]::.



Assalamulaikum wbt..tajuk cam lain ckit jew kan??
sebenarnya xde apa2 cuma ada benda yang uat saya rasa pening..
malam tadi saya tolong my sis,cik ian tanda kertas ujian sekolah yang dia ajar..
macam2 bersarang dalam kepala hotak saya bila
tanda kertas ujian tu..tension ada,nak gelak pon ada..
lain yang di tanya lain plak yang di jawab..
hehehe



(klik gambo utk tumbesaran)
Ne soalan subjektif yang pertama..bertanyakan tentang kelab/persatuan/unit
beruniform..tau x apa yang dorg jawab??
tu yang uat kepala ne pening sekejap..
sebenarnya dorg ne faham soalan ke tidak yerk?



(klik gambo tuk tumbesaran)
Yang ne pulak jawab ntah hape2 ntah..konfiden cam jawab tp habuk pon
x faham pew yang dia jawab..
rasa2 korg la pew yang dia tulih dan jawab yerk?
bahasa pew yang dia guna yerk?



adoyaiii...ntah apa2 la dorg ne..tu la masa cikgu ajar asyik main jew..
tu yang jawab main hentam jew atau pun dorg ne x faham soalan..
apa2 hal pon ari ne ari terakhir adik saya mengajar di situ..
so pasne xde la saya dengar dia berleter jew bila balik umah..
huhuhu