Monday, November 30, 2009

::♥_anakku demam_♥::

Assalamualaikum semua..
Rasa cam dah lama jew x update blog..
Hehe maklum la cuti raya korban..
Blog pon sama2 cuti gak..
Musim demam pon yea gak..
Baru2 ne anak aku plak demam..
Start malam td la dia mula demam..
Merengek jew..Ne pon sbb dia jatuh dr basikal masa kat kg aritu..
Sandar punya sandar sampai tergolek ke belakang..
Kuat gak dia menangis masa mlm tu..
Orang tua2 kata,klu budak jatuh ke apa ke kena bawak g berurut..
Aku igtkan ok jew tp mlm td plak badan dia start panas..
Kul 12.00a.m htr g klinik..
Check suhu sampai 38'c..
Punya la payah dia ne nak kena check doktor..
Suara menjerit dia jew yg kuat..
Doktor kata ok cuma demam biasa jew..
klu panas leh la lap kan bdnnya ckit2 ngan tuala basah..
Balik jew terus bg mkn ubat..(ne lg satu masaalah..)
Tengok pg td cam dah ok jew tp ptg panas balik..
Terpaksa la bg mkn ubat..
Harap2 lps ne ok la..


::♥_Sepetang bersama_♥::

Ne la aktiviti petang kami..
Jalan2 g taman..
Anakku suka sgt main buai..
Kalau dah duk kat buai sure mmg xnak blk punya..
Kena klentong dulu bru dia nak ikut blk..











Yang ne bila dia dah dpt buai..
Mmg org lain xde can punya nak naik..
Selagi x puas,selagi tu lah dia duk jew kat buai tu..










~Jalan2 di Hutan Bandar Putra~

Thursday, November 26, 2009

::♥_Salam AidilAdha_♥::


Assalamualaikum semua..
Hari ne adalah hari terakhir sebelum kita menyambut Hari Raya AidilAdha esok..
Macammana ngan persiapan raya korg?mesti meriah kan..
Aku cam biasa la..Tahun ne giliran raya haji kat umah mertua..
keluarga mertua aku buat korban plak tu tahun ne..mesti seronok..
Bapak mertua aku selalu gak sembelih lembu bukan takat hari raya korban jew..
Bila2 masa saja kalau ada orang panggil tuk sembelih lembu @ kambing..
So,petang ne kena la kemas2 sebab nak bertolak balik sana..
Alah bukannya jauh sangat..Kat johor gak..Tak sampai 1 jam perjalanan pon..
Kepada semua blogger yg beragama islam dan warga peng
'KLIK' tegar nuffnang,aku nak ucapkan selamat Hari Raya AidilAdha..Teruskan meng'KLIK' okey..Nanti aku balas balik sampai LEBAM..


Wednesday, November 25, 2009

.::|♥ Bagaimana ♥|::.

Bagaimana -Enava feat Marnee(OST Sumpah Bunian)

Bagaimana harus ku lepaskan ketulusan diri di hati
Bagaimana harus ku buktikan kesucian cinta di jiwa
Tergamaknya hatimu membiarkan jiwaku berderai jadi abu

Kau menghancurkan segala yang telah kita bina pedihnya
Kau menghancurkan segala yang telah kita semai pedihnya

Bagaimana harus ku lepaskan ketulusan diri di hati
Bagaimana harus ku buktikan kesucian cinta di jiwa
Tergamaknya hatimu membiarkan jiwaku berderai jadi abu

Kau menghancurkan segala yang telah kita bina pedihnya
Kau menghancurkan segala yang telah kita semai pedihnya


::♥~Dia~♥::

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah aku sihat2 belaka..
Baby kat dalam perut ne pon bukan main
aktif lg tendang menendang..hehe
Jangan2 beso jd pemain bola sepak dah la..hehe
Anakku yang sulung pon dah beso..
Makin nakal dan ligat..
Ne la gambo terbaru dia..








Monday, November 23, 2009

::♥_Ikan bakar & air asam_♥::

Assalamualaikum semua..
Saje jew nak tunjuk menu ari ne..
Pedas gilerrrr....


(terliur sudah!!)

Saturday, November 21, 2009

::♥_hilang??_♥::

Assalamualaikum semua..
Terkejut gak bila aku cari anak aku xde malam td..
Dahlah tgh khusyuk tgk nur kasih..
Rupa2nya dia menyorok kat satu tempat..
Mencari tempat tuk dia buang air besar melepaskan hajat..
Nasib baik dia masih pakai pampers..huhu
Kalau x haruuu..


Friday, November 20, 2009

::♥_Persediaan ibu dan anak sewaktu di hospital_♥::

Persediaan Si Ibu Semasa Hari Bersalin (Di Hospital)

1. Beg Pakaian
2. Dokumen-dokumen penting (letak dalam satu beg kecil)
3. Tuala mandi 1, tuala muka 1 dan tuala rambut 1
4. Alatan mandi dan cuci (ubat dan berus gigi, syampu, sikat rambut, sabun mandi, sabun basuh dll)
5. Kain batik untuk dipakai 3
6. T-Shirt 3
7. Tudung kepala (tidak terlalu besar atau kecil)
8. Pengikat rambut (bagi yang berambut panjang) atau klip rambut. Ini memastikan rambut sentiasa kemas dan terurus. Nanti tak rasa berserabut. Kesihatan juga terjaga.
9. Tuala wanita 1 peket (20 keping). Bawa lebih lebih baik jika jauh dari hospital nanti tidak menyusahkan suami pergi balik untuk dapatkannya untuk kita.
10. Bakul
11. Termos 1
12. Bekas air 1 (atau air mineral 3 btl besar)
13. Cawan
14. Tupperware
15. Roti putih, biskut tawar, susu tepung untuk ibu yang menyusu


Persediaan Si Anak

Semasa hari bersalin (biasanya kita akan berada di hospital selama 2/3 hari. Ini bergantung kepada keadaan Si Ibu dan Si Anak). Sediakan satu beg kelengkapan berikut untuk dibawa ke hospital dan jugak di rumah. Jika apa-apa berlaku, bolehlah suami membantu membawanya ke hospital tanpa perlu mencari-cari.

1. Beg Bayi
2. Selimut 2
3. Baju dan seluar 3
4. Diapers Newborn size/ saiz S
5. Tuala untuk mengelap tubuh Si Anak 1
6. Tuala basah (wet wipes) 4 peket
7. Botol susu kecil (mana tahu susu ibu lambat keluar jadi kena bagi susu formula dulu)
8. Susu formula (tin/peket kecil)
9. Minyak telon/ Yu yee


Persediaan awal sebegini amat penting bagi kita supaya kita tidak perlu bersusah payah di kemudian hari. Tindakan awal sebegini juga tidak akan menyusahkan suami kita terutama sekali bagi pasangan baru berkahwin yang belum ada pengalaman mempunyai anak. Apa lagi jikalau tiba-tiba suami ada urusan penting dan tinggallah kita keseorangan dengan anak. Jadi, apabila semua sudah ada, tiada apa yang perlu dirisaukan lagi.

::♥_Bakso_♥::

Assalamualaikum..
Xde pe cuma nak kongsi menu tghari ne..
Ari ne masak bakso jew..
Bakso versi sendiri..
hehe..


ne resepinya..(copy jew)
* Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
* Taugeh
* Kobis dihiris halus
* *UTK BEBOLA
* 400 gm daging cincang
* 2 biji bawang merah diracik halus
* 2 biji bawang putih diracik halus
* 2 sb telur (1/2 biji)
* 1 sk tepung ubi / tepung jagung
* sedikit serbuk lada sulah n garam
* *UTK KUAH
* 3 biji bawang merah dihiris
* * 3 ulas bawang putih
* *1/2 inci halia
* *1sk lada sulah biji
* 1 batang serai diketuk
* 1 sb pati daging / pati ayam
* sedikit serbuk lada sulah
* garam n perasa

Cara-cara

1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.


Thursday, November 19, 2009

::♥_Pengat Pisang_♥::



Hurmmm hujan plak petang2 ne..
Tekak plak teringin nak makan pengat pisang..
So,dalam hujan2 camne aku keluar g kedai,
cari pisang dan beli santan kelapa..
Masaknya xla rumit sangat..
Main campak2 jew..
Dan inilah hasilnya..




::♥_Ketika Cinta Bertasbih_♥::

Melly Goeslaw feat. Amee – Ketika Cinta Bertasbih (OST Ketika Cinta Bertasbih)

Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Cinta…

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih




Wednesday, November 18, 2009

::♥_Alhamdulillah_♥::

Assalamualaikum..
Syukur Alhamdulillah,hasil pemeriksaan aku ari ne berjalan lancar..
Aku juga disahkan 'tidak' menghidap penyakit kencing manis..