Showing posts with label pengalaman bersalin. Show all posts
Showing posts with label pengalaman bersalin. Show all posts

Friday, March 05, 2010

_::pengalaman melahirkan Adam Farish(part 3 end)::_

Assalamualaikum semua..Ok kita sambung lg..Yang ne last ok..Maleh nak smbung2 lg..hehe maklum la skang keje makin bertambah..Bila doktor sampai jew masing2 meneruskan tugas dorg..Doktor pompuan la yang buat..Masa anak pertama dulu doktor lelaki..Nurse inject dua kali kat belakang badan tuk kebaskan separauh badan aku..Sakit nya mak datuk!!Pastu dorg test la cucuk aku ngan jarum tuk memastikan separuh badan aku dah kebas..

Doktor pon mulakan operasi belah membelah perut aku..Bau hangit semacam..Lama gak doktor tu buat..x kuar2 lg baby ne..Badan aku menggigil plak..Makin lama makin kuat plak gigilnya..Walaupon dorg dah pasang alat pemanas badan tp tetap menggigil gak..Masa tuk kuarkan baby yg x mau kuar..Sakit gak perut aku bila dorg tekan byk kali kat ulu hati..Sampai terangkat-angkat kaki doktor tu bila tekan ulu hati aku..Dah la kat ulu hati tu leh rasa klu org tekan sbb x kena bius..Aku pon apa lg genggam kuat tangan nurse kat sebelah..

Aku tanya nurse kat sebalah aku,dah kuar ke belum?nurse tu cakap lom lg..Aduh lamanya..Moga2 xde apa2..Tak lama pastu aku dgr tangisan baby..Alhamdulillah tepat pukul 5.10 ptg anak aku selamat dilahirkan dgn berat 4kg..Patut la payah nak kuar 4 kg rupanya..Siap nurse tu ckp "beratnya adik ne!!"..Aku ckp nurse nak tgk anak,nurse ckp jap lg dorg bg tgk..Bila dah siap,dorg tunjukkan sekejap..Alhamdulillah aku dpt anak lelaki dan cukup sifatnya..Dapat la aku cium anakku 2X..Pastu dorg bawak g..

Bila dah tgk anakku lupa plak yg doktor lom lg siap menjahit perut aku..Lamanya aku rasakan kat dlm bilik bedah tu..Maklum la doktor pompuan yg buat..Bila dah siap,aku sempat ucapkan terima kasih kat doktor dan nurse yg bertugas..Aku masih lg kat dlm kawasan bilik bedah tuk dipantau sebelum dihantar ke wad biasa..Kat situ aku masih lg menggigil..Sempat plak aku tido sekejap..Maklum la x tido dr pg..

Sampai masa tuk aku di hantar ke wad biasa..Aku tengok suamiku ttp setia menanti diluar bilik bedah..Sempat aku tanya,"dah tau jantina anak kew?" suamiku ckp "x tau"..Aku bgtau la anak lelaki..Beratnya 4kg..Suamiku tersenyum jew..Bahagia rasanya..Sampai jew kat wad biasa aku dipindahkan ke katil..Nurse dah siap menanti..Dorg pkikan aku baju dan kain..Time tu separuh badanku masih lg kebas..Doktor check pon aku x rasa apa2..Banyak tul darah beku..Macam nak pitam jew tgk darah byk sgt..

Sebelum suamiku balik sempat dia tgk anak dan azankan sekali..Alhamdulillah anakku kini dah sepasang..Pasne kena fikir 2 kali nak mengandung lg ke x..haha..Sakit weiii dan lg satu bila aku dgr akak kat sblh katil aku ckp yg akak sblh katil dia hampir2 nak meninggal masa pembedahan tgh dijalankan,rasa cam xnak mengandung lg..Tapi klu dah rezeki alhamdulillah terima je..Mungkin 3-4 thun lg..


Dah habissssssssss!!


Thursday, March 04, 2010

_::pengalaman melahirkan Adam Farish(part 2)::_


Assalamualaikum semua..Ok aku sambung blk citer yg tergantung aritu..Bila aku dihantar masuk ke bilik bersalin,semua nurse yg bertugas menjalankan tugas masing2..Mula la cucuk tangan aku tuk masukkan air..Time tu perut aku cam biasa la jap sakit jap hilang..Nurse masukkan ubat tuk mempercepatkan aku bersalin..Tapi tak gak bersalin..Makin sakit adalah..Hanya tuhan jew yang tahu penderitaan aku masa tu..

Bila doktor check pintu rahimku dah terbuka 6cm..Dah berbotol-botol gak air masuk dlm badan aku tp ttp pintu rahimku 6cm jew..Sudah berkali-kali aku memandang jam di dinding rasanya dah lama gak kat dlm bilik tu..Makin lama perut aku makin sakit..Sampai meleleh air mata aku time tu..Terfikir plak saat2 mak aku melahirkan aku dulu..Begini rasanya..

Dah hampir 9 jam aku kat dalam bilik tu..Bila doktor dtg check aku sekali lg ttp pintu rahimku terbuka 6cm..Doktor mangambil keputusan tuk menjalankan pembedahan kerana dah lama sgt menunggu..Lagipon anakku pon dah berak dlm perut..Membahayakan keselamatan aku dan bayiku..

Nurse memanggil suamiku utk doktor memberi keterangan mengenai pembedahanku..Aku dan suamiku terpaksa redha demi menyelamatkan bayiku..Setelah nurse selesai membuat persediaan tuk menghantar aku ke bilik bedah,aku disuruh tido dulu kerana bilik bedah penuh time tu..Dah la perutku sakit kena tunggu lg..

Bila aku nak tido nurse dtg plak nak bawak aku ke bilik bedah..Walaupon ne bukan pengalaman pertama melahirkan secara pembedahan tp aku ttp rasa takut dan gementar..Bila dah berada dlm bilik bedah semua persiapan dilakukan dgn teliti..Aku dpt rasakan bilik ne sama dgn bilik yg aku masuk 2 thun dulu..Perasaan takut mula aku rasai tp nurse2 kat dlm tu ttp menenangkan aku..Kat dlm tu aku sekali lg terpaksa menunggu kerana doktor x sampai lg..

Nantikan sambungannya!!

Tuesday, March 02, 2010

_::pengalaman melahirkan Adam Farish (part 1)::_

Assalamualaikum semua..skang ne aku nak berkongsi pengalaman sewaktu melahirkan
Adam Farish..Sepatutnya due date aku 10.01.10 tp x plak rasa sakit2 nak bersalin..
Risau gak sbb ari yg ditunggu-tunggu xde gak tanda2 nak bersalin..so aku tunggu lg esok sbb doktor ada bg tempoh seminggu..klu x bersalin gak dlm tempoh seminggu kena tahan kat hospital..

Pada pg 11.10.10 perut aku rasa dah x selesa..Jap sakit jap hilang tp aku bertahan jew..Mertua aku dah ajak g hospital takut klu apa2 terjadi nnt susah plak..Sampai
hospital aku g bilik saringan tuk mendaftar..Lama gak tunggu tuk dipanggil ada la dlm 1 jam..Perut plak jap sakit jap hilang..Bila doktor check,doktor ckp pintu rahimku lom terbuka lg tp aku ttp kena tahan kat wad..Waaaaa terpaksa la berkampung kat wad mlm ne..

Malam hari aku xleh tido disebabkan kerinduan terhadap suami,anak dan kesakitan yg amat sgt..Baring ke kiri salah ke kanan salah..Semua orang sedang enak dibuai mimpi tp aku menahan kerinduan dan kesakitan yg amat sgt..Dalam kul 4 pg nurse panggil tuk check jantung bayi..Sayangnya bacaan jantung bayiku tak berapa memuaskan..So kena panggil dgn doktor tuk diperiksa..Doktor check pintu rahimku bru terbuka dlm 3cm..Nurse soh aku g sarapan tuk beri tenaga sewaktu nak bersalin nnt tp lom sempat aku nak sarapan nurse panggil aku semula..Katanya doktor nak check aku sekali lg..Bila doktor check,pintu rahimku dah terbuka 4cm..Doktor pecahkan air ketuban slps tu aku di hantar ke bilik bersalin..

Nantikan sambungannya yea!!

(Adam Farish berusia 6 hari)