Saturday, March 05, 2011

Info:ulser mulut (ulser afta)

Ulser Afta merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan.

Apakah puncanya?
Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan :
* Stres
* Perubahan hormon
* Jangkitan
* Kekurangan zat makanan
* Alahan
* Rawatan radiasi
* Rawatan kemoterapi

Apakah masalah yang timbul berkaitan dengan ulser mulut?
Ia sering dihubungkaitkan dengan :
* Rasa membakar di dalam mulut
* Kesakitan
* Ketidakselesaan yang berpanjangan
* Hilang selera makan
* Demam

Berapa lamakah ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan akan berkurangan dalam tempuh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.

Perhatian yang perlu diambil jika mengalami ulser mulut
Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit?

Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :

* Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
* Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
* Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
* Makan makanan yang lembut.
* Kurangkan makanan pedas dan berempah.
* Minum air secukupnya.

p/s; sekarang nie pon aku tgh kena ulser,tp dah nak baik ar!
susah n sakit nak mkn wooo

1 komen²:

AN amallina's said...

thanks kak , kongsi pasal penyakit ulser nie . saya sedang mengalami T.T besar ulser nyer , SAKIT yang amat-2 . dah tige hari makan bubur jew .. T.T btw thanks yer kak :D