Wednesday, October 28, 2009

.::[♥]"Runtuh sekelip mata"[♥]::.

KAMPAR: "Beberapa murid melompat dan menggoyang-goyangkan jambatan dan dalam sekelip mata saya terhumban dalam sungai bersama beberapa murid lain yang menjerit ketakutan," kata seorang murid yang terselamat dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, dekat sini malam kelmarin.

# 1 maut
# 2 hilang
# 294 murid

Murid terselamat sempat berpaut pada kabel, terhumban dalam air cetek

Menceritakan detik cemas itu, Mohd Azid Teng, 12, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Bemban, berkata dia bernasib baik kerana terhumban ke kawasan air cetek berhampiran tebing sungai dan berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian yang mengorbankan seorang murid, manakala dua lagi masih hilang.
Kejadian jam 10.30 malam berlaku ketika 30 hingga 50 murid dan seorang guru yang menyertai Perkhemahan 1Malaysia, di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan sedang menyeberangi jambatan selepas jamuan lewat malam di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di seberang tapak perkhemahan itu.
Sebahagian lagi murid berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada kabel jambatan sepanjang 50 meter yang baru siap kira-kira sebulan lalu, sebelum diselamatkan oleh beberapa guru serta seorang pengawal keselamatan yang terjun ke sungai.
Mayat mangsa yang lemas, Dina Deve a/p Nathan, 11, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Di Awan, di sini ditemui pasukan mencari dan menyelamat jam 8.30 pagi semalam, berhampiran loji bekalan air sungai berkenaan, kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian.
Dua murid yang belum ditemui ialah M Darapharshini, 11, dari sekolah yang sama dan N Divyahshree, 12, dari SJKT Gopeng.
Ketika kejadian paras sungai yang biasanya agak cetek, meningkat sehingga 1.5 meter dan berarus deras kerana hujan lebat di kawasan Gopeng yang terletak di hulu sungai.
Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga jam 3 pagi, tiada maklumat mengenai anak mereka.

petikan dari;berita harian online

sape yang harus dipersalahkan;
- Pelajar yang main-main atas jambatan tersebut?
- Guru yang terlepas pandang?
- Kontraktor yang membina jambatan gantung tersebut?
- Orang yang meluluskan jambatan tersebut?

0 komen²: