Wednesday, October 28, 2009

.::[♥]Perkembangan Kehamilan [Bulan ketiga][♥]::.

* Selepas 8 minggu, embrio kini dipanggil janin atau fetus. * Jari tangan dan kaki janin kini punya kuku yang lembut. * Rerambut halus juga sudah mula tumbuh pada kulit bayi. * Diperingkat ini, uri sudah berfungsi sebagai pembawa oksigen dan makanan dari ibu ke bayi. * Bayi sudah mula membuang najis dan air kencing melalui tali pusat. * Anda boleh mula mendengar detik jantung bayi untuk kali pertamanya pada minggu ke 10 hingga 12. * Jantina bayi juga mula terbentuk. * Di akhir bulan ini, janin bersaiz sebesar sebiji epal dan beratnya bertambah ke 3 auns diakhir bulan ketiga.
Ibu

* Anda masih terasa sakit dan mabuk hamil, pening kepala dan loya-loya. Gejala-gejala ini akan berkurangan bila anda hampir memasuki bulan keempat. Jika gejala ini adalah teruk, beritahu doktor semasa pemeriksaan prenatal anda. * Pakaian anda mula terasa ketat di pinggang dan dada. Tukar pakaian anda kepada pakaian yang berpinggang elastik atau getah dengan jenis fabrik yang sesuai seperti kapas.
Tip

* Keperluan badan anda kepada kebanyakan vitamin dan galian semakin meningkat. Teruskan amalan makanan seimbang anda. * Berat anda mungkin bertambah 1 hingga 2 kilogram. Wanita yang beratnya sebelum hamil adalah normal sepatutnya menambah berat badannya antara 10 hingga 16 kg sepanjang kehamilannya. * Bersenam dapat membantu. Berjalan pilihan yang baik. Tanya doktor anda sebelum memulakan rutin senaman.

0 komen²: